Sulit
4 tahun
Mengambil pil perancang jenama noriday
saya wanita 27 tahun…saya bersalin secara czer dah 4 bulan saya ambil pil noriday…bolehkah saya tahu mengambil pil perancang noriday kena makan mengikut hari yang diberikan ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil tersebut dikehendaki untuk diambil berdasarkan bilangan hari yang ditetapkan. Jika anda terlupa atau terlewat mengambil pil tersebut, anda dikehendaki untuk mengambilnya secepat mungkin dan pasangan anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan seperti kondom jika anda ingin bersama. Sila baca cara penggunaan pada kertas yang disediakan bersama kotak pil perancan tersebut. Anda juga boleh menghubungi pihak kami bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.