Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mengambil ubat tahan gatal semasa hamil

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 8, 2020 1:35 AM

Sulit 52 hari

Salam sejahtera,
Sy wanita berusia 24 tahun dan sedang hamil.
Sy mengalami gatal2 seluruh badan, bolehkah sy mengambil pil ezede bg mengurangkan gatal yg dialami? Atau doktor ada cdgn ubat yg lain? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal semasa hamil seperti berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya

  • masalah hati
  • Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
  • Dermatitis alahan beserta jangkitan
  • Jangkitan kuit
  • Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
  • Penyakit sopak garam iaitu urticaria
  • Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)

Ubat yang anda nyatakan selamat diambil ketika hamil.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 08 2020 01:35:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Anak pendek 138cm darjah Lima Saya rasa anak saya kurang kalisum Baca lagi...
4 hari
Sulit
Selepas makan ubat sembelit Helo dok lps makan ubt sembelit , dan ubat2 buang toksin dan vitamin untuk perut mmg akan rasa perut berbunyi bunyi ka ? Sedangkan saya tak lapar pun , dan kadang2 sakit perut. Itu petanda apa y… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Tekak rasa terbakar bila telan air liur,bibir merah,lidah pecah Tekak rasa panas ,bibir merah dan luka,lidah rasa tidak selesa dan pecah,hidung tersumbat dan sedikit batuk yang tidak terlalu kerap,kadang2 ada cecair masam naik ke tekak,kerap sendawa…adaka… Baca lagi...
40 jam
Sulit
Kahak putih berbuih di tekak berterusan (Seolah2 tersekat sepanjang masa) Saya lelaki bujang berumur 25 tahun (bukan perokok). 3 bulan lepas, saya menghadapi gejala sakit tekak (tekak berwarna merah sehinggakan telan air liur pon sakit). Saya diberikan ubat batuk dan… Baca lagi...
45 jam
Sulit
Dahi berlekuk dalam serta benjolan kecil di tepi lekukan tersebut Assalamualaikum.saya wanita berumur 25 tahun.saya mempunyai masalah dahi yang berlekuk dalam sejak kecil dan ada benjolan kecil di tepi lekukan tersebut.adakah itu penyakit krna saya telah brju… Baca lagi...
7 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi