Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mengambil vaksin selepas sebulan dijangkiti Covid19

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 28, 2021 11:14 AM

Sulit 6 bulan

Saya wanita 32tahun, saya merupakan bekas pesakit covid19 dh telah tamat tempoh kuarantin 14 hari 6/6/2021, tetapi saya telah mendapat dos pertama untuk divaksinasi pada 22/06/2021 (Sinovac). Adakah akan ada kesan sampingan yang memudaratkan atau adakan vaksin itu berkesan melawan virus dlm badan? Selain daripada gelaja ringan? Saya baru terbaca boleh mengambil vaksin selepas tempoh 3 bulan dijangkiti covid19. Mohon pencerahan doktor…

Dr Ramzdhan 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin mengetahui sekiranya bekas pesakit COVID19 mempunyai kesan sampingan yang memudharatkan atau keberkesanan vaksin menurun jika mengambil vaksin kurang dari 3 bulan setelah pulih. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.

Untuk pengetahuan anda, mereka yang pernah disahkan positif COVID-19 boleh segera melakukan vaksinasi kecuali pesakit yang telah mendapat terapi khusus seperti monoclonal antibody ketika dirawat. Hal ini kerana ia boleh mempengaruhi kadar keberkesanan vaksin yang di ambil.

Tambahan lagi, risiko kesan sampingan vaksin adalah sama seperti individu yang tidak pernah dijangkiti COVID-19.

Namun begitu, anda digalakkan untuk menghubungi doktor atau pegawai kesihatan di hospital atau pusat vaksinasi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon Jun 28 2021 11:14:18 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang vaksin covid-19 secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19