
Sulit
4 tahun
Mengandung 17 minggu sakit dibahagian bawah perut sebelah kiri
saya berumur 25 tahun dan sedang mengandung 17 minggu . saya mengalami sakit dibahagian bawah perut sebelah kiri . adakah itu normal atau tidak ? sakit seperti sengal sekejap . selepas itu hilang rasa sakit dalam selepas sejam lebih rasa sakit tu kembali .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat yang diberikan adalah terhad. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan sakit perut sama ada ianya berkaitan dengan kandungan atau tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali sekiranya sakit tersebut berlarutan, semakin parah atau berlaku pendarahan dari alat sulit.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.