Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Mengandung atau tak saya keliru, boleh bantu saya?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 6, 2020 5:59 AM

Sulit 2 bulan

minggu lepas saya check dan doktor sahkan positif tapi line kabur. semalam sehingga harini saya keluar darah seperti period biasa. adakah saya mengandung atau tak ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan yang samar-samar dan tidak konsisten ini boleh disebabkan:

  • Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
  • Kerosakan alat ujian kehamilan
  • Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
  • Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
  • Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya pendarahan ketika hamil antaranya ialah:

  • Pendarahan implantasi kehamilan

  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi

  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak

  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim

  • Tisu endometrium

  • keguguran jika darah banyak berketul anda mengalami sakit senggugut

  • kehamilan luar rahim

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed May 06 2020 05:59:15 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Ujian Upt sekejap positive then negative yg diambil pda waktu yg berbeza sebelum due period Hi doc, mggu lepas saya ada buat ujian upt 3 kli. Samar2 semuanya. Kelmarin saya check lagi, makin terang double line. Tp harini semalam saya check, nampak x nampak je double line tu. jadi, adak… Baca lagi...
47 hari
Sulit
Bila masa sesuai untuk cek kehamilan Saya berusia 28 tahun dan telah berkahwin hampir setahun. Sejak 3 hari lepas, saya rasa loya on off. Tarikh period saya sepatutnya pada 6 Jun 2020. Saya telah cuba UPT dan resultnya negatif. Ada… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Ragu2 dngn keputusan upt hi. saya wanita.berumur 26tahun. saya ingun bertanha bahawa boleh Baca lagi...
15 hari
Sulit
Pengesahan kehamilan Selamat sejahtera doktor… 3hari lepas sy cek upt naik double line… Keesokan harinya sy cek lg makin terang sikit. Harini sy test upt guna cassette naik 1 line shj… Adakah sy pregnant atau tidak Baca lagi...
58 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi