
Sulit
4 tahun
Mengandung dan sakit punggung sebelah kiri
Saya berumur 29 tahun sedang mengandung (26 minggu) mengalami sakit di kawasan punggung sebelah kiri sahaja. Sakit ini telah berlarutan lebih 5 hari. Sakit ini boleh terasa melalui pergerakan tertentu seperti tidur mengiring sebelah kiri, bangun dari tidur, dan apabila bergerak (on off). Adakah perkara ini membimbangkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai punca sebenar masalah yang anda alami memandangkan maklumat adalah terhad dan pemeriksaan diperlukan.
Akan tetapi, berkemungkinan maslaah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah otot
Masalah kulit
Masalah sendi
Masalah saraf
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.