Sulit
2 tahun
Mengandung dan terkena jangkitan kutil kelamin
Saya mengandung anak pertama dan hampir bersalin… tapi sejak akhir2 ni ada tumbuh biji yg gatal di kawasan dubur dan kemaluan saya…saya syak ini kutil kelamin…apa yang perlu saya lakukan? Saya buntu sebab tak banyak klinik lakukan rawatan untuk penyakit ini dan dengan keadaan tengah lockdown susah untuk saya bergerak kemana2… tapi kalau tak dirawat saya takut akan bagi effect semasa saya bersalin dan kepada baby saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Punca benjolan atau biji pada kemaluan adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!