
Sulit
3 tahun
Mengandung selepas d&c
assalamualaikum… saya baru sahaja membuat d&c pada 9.5.2021, kandungan gugur pada usia 5 minggu… sepatut nye saya period pasa 29.5.2021… saya berpantang selama 2 minggu…selepas itu saya berasama suami… saya dah lmbat period 10 hari… saya try buat ujian air kencing di rumah… naik 2 line tapi kabur sedikit… adakah mengandung atau hormon hamil saya masih ada lagi… saya tiada alahan mengandung… payudara saya pun tidak sakit… cume selera makan saya meningkat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda musykil sama ada anda hamil kerana haid anda lewat selama sepuluh hari. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keputusan kit ujian kehamilan yang positif memerlukan pengesahan lanjut daripada doktor dan ia juga boleh memberikan keputusan false positive. Antara faktor yang menyebabkan kit ujian kehamilan positif adalah:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Hormon kehamilan atau beta-HCG kebiasaannya akan menurun secara berkala selepas keguguran. Berapakah tempoh masa penurunannya adalah bergantung kepada konsentrasi hormon tersebut di dalam badan anda semasa keguguran berlaku. Secara purata, hormon tersebut akan berkurang dalam tempoh masa satu hingga dua minggu untuk bacaannya menjadi 0 ataupun tidak dapat dikesan.
Selain itu, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih mendalam. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.