
Sulit
5 tahun
Mengapakah zakar lelaki berwarna gelap walaupun mukanya nampak putih?
saya bakal akan kahwin tidak lama lagi,jadi saya sedang memikirkan bagaimanakah nanti saya mempunyai anak lelaki agar zakarnya ikut seperti kulitnya (putih)? ataupun umur sewaktu ianya sunat mempengaruhi seseorang lelaki itu mempunyai zakar yang gelap ?. kiranya jika saya sunatkan anak saya semasa bayi, adakah peluang anak saya apabila besar zakarnya akan mengikut kulit badannya? jika badannya putih, adakah zakarnya jugak akan putih? dan lagi satu soalan, adakah jika saya sunatkan anak saya lebih awal dalam berumur darjah 1 zakarnya akan membesar dengan baik apabila dia meningkat remaja? mohon penjelasan terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, warna kulit dipengaruhi oleh melanin. Kawasan sulit menjadi lebih gelap oleh kerana peningkatan hormom seks yang juga meningkatkan tahap melanin. Hal ini menyebabkan kawasan sulit menjadi lebih gelap. Ianya tidak berkaitan dengan tempoh individu tersebut disunat.
Selain itu, umur anak anda disunat tidak memberi impak kepada pembesaran organ seksualnya. Ianya semua bergantung dengan hormon.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.