lyaenasyahirah
6 tahun
Mengenai muka breakout
Saya wanita dalam 20an dan saya mempunyai masalah muka saya naik butir dekat pipi dan dahi. Saya tak sure tu adalah jerawat?. Saya dah cuba pakai produk dan free kan muka tapi tak hilang sehingga sekarang… saya buat sincare routine tapi masih sama . Apa yang perlu saya buat doktor…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintikan atau butiran pada muka anda boleh disebabkan:
- Jerawat - disebabkan seperti perubahan hormon, penyakit PCOS atau penyakit Cushing
- Jeragat (rosacea)
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































