Sulit
2 tahun
Mengenal pasti sama ada saya boleh divaksin atau tidak
Saya mempunyai masalah kesihatan yang serius setiap kali mengambil suntikan vaksin.Saya pernah mengalami demam panas dan sawan yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital selepas mengambil suntikan vaksin beberapa tahun lalu.Doktor itu memberi nasihat
kepada saya agar tidak mengambil apa apa suntikan vaksin selepas ini kerana dikhuatiri saya akan mendapat demam panas yang lebih teruk dan boleh menyebabkan saya kehilangan memori dan kelumpuhan saraf otak.Adakah saya boleh divaksin sekali lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda kerana mempuyai sejarah demam panas dan sawan apabila menerima suntikan. Berdasarkan kenyataan anda, individu yang mempunyai masalah alahan kepada vaksin akan dilakukan pemeriksaan secara menyeluruh terutama sejarah penyakit dan alahan lain.
Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan pra-vaksinasi terlebih dahulu kerana lebih banyak maklumat diperlukan untuk memastikan sama ada anda layak ataupun tidak untuk menerima vaksin.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini