Sulit
2 tahun
Minum air yang banyak bagi bekas pesakit covid stage 4
ayah saya baru discharge dari hospital kerana positif covid stage 4 dan kena intubate (ditidurkan) selama 6 hari. betul ke minum banyak air dan mandi akan jejaskan kesihatan paru paru ayah saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keadaan di atas, kami memahami ayah anda baru sahaj pulih dari COVID-19 katogori 4 dan telah diintubasi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, prosedur intubasi adalah untuk membantu penafasan pesakit yang mengalami masalah bernafas serius. Ia mempunyai komplikasi seperti:
- pendarahan
- jangkitan
- kecederaan pada tekak atau gigi
- masalah penyedutan
- lampau bendalir
Komplikasi yang anda risau dalam pernyataan di atas adalah lampau bendalir. Pesakit yang mempunyai masalah ini sememangnya perlu menghadkan pengambilan air. Mandi tidak akan menyebabkan air berkumpul dalam paru-paru.
Sebelum menghadkan penagmbilan air ayah anda, sila pastikan beliau benar-benar mengalami lampau bendalir. Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini