
Sulit
4 tahun
Minyak Angin atau Gamat utk hamil
Isteri saya hamil pertama kali. Umut 25. Selalu perut masuk angin dan mual. Elok tak untuk sapu minyak angin (freshcare) atau minyak gamat (Ibu Gamat Langkawi) pada mana2 bahagian - perut atau belakang pinggang.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada kajian yang kukuh yang menunjukkan minyak angin dan minyak gamat memberi kemudaratan kepada ibu hamil.
Walaubagaimanapun minyak angin yang mengandungi menthol 5% tidak berbahaya dan beberapa minyak gamat dihasilkan sebagai minyak angin juga. Saya nasihatkan untuk melihat dulu bahan kandungan kerana risau tentang bahan-bahan yang dicampur tidak selamat untuk ibu hamil.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.