
Sulit
5 tahun
Miss v kehitaman akibat jangkitan kulat
Saya pernah mengalami jangkitan kulat pada bahagian miss v. Selepas memakai ubat yg doktor berikan ianya kembali pulih dan tidak gatal2 lagi. Tetapi kesan tersebut miss v menjadi hitam dan sebelum terkena jangkitan kuman ianya bewarna kulit seperti yang lain. Adakah ianya normal dan bagaimana untuk menghilabgkannya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kesan garuan kerana gejala gatal
- alahan pada produk pencuci
- keradangan kulit disebabkan jangkitan kulat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.