
Sulit
4 tahun
Mual dan kitaran haid yang tak normal
Saya perempuan 15 tahun,dan sejak saya 13 tahun, saya sering diserang oleh rasa mual dan apabila saya muntah, tiada apa-apa yg keluar, seperti muntah angin saja. Dan saya mengalami ini sudah 3tahun dan sampai la sekarang. Kitaran haid saya pun tak normal, dan selalu datang period lambat. Ada masa nya satu atau dua bulan saya tidak period. Dan apabila saya period, saya akan mengalami senggugut yang teruk. Adakah saya mengalami masalah hormon atau ada penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Berkenaan dengan gejala mual yang anda hadapi, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk mengenal pasti punca sebenar.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!