
amy.amyzsa
6 tahun
Mudah selsema dan terlalu sensitif
Saya nak bertanya, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah terlalu mudah diserang selsema? Terlampau sensitif terutama bila ada carpet, berhabuk atau terlalu sejuk… Adakah ianya disebabkan masalah resdung? Jika resdung, ada tak apa2 petua untuk menyelesaikan masalah ini?
Terima kasih…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah mengelakkan daripada mendekati punca terhadap alergik tersebut. Boleh mengambik anti-histamine untuk mengurangkan reaksi alrergik yang anda hadapi. Resdung ada pelbagai lokasi untuk pengesahan keadaan tersebut.
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.