
Sulit
5 tahun
Muka gatal dan mengelupas
hi, saya gadis berusia 23tahun . sejak decembar sy mengalami muka sensitive , segala jenisss jerawat pasir dan bernanah kecil naik dekat muka sejak december. awal january 2020 muka sy makin pulih sebab pakai cream dan pencuci dari klinik kulit. tapi sekarang muka sy tiba2 jadi gatal yang teramat gatal , sy garu sehingga luka . memang tak boleh tahan lg dah . kawasan leher punn gatal teruk . sehingga byk kesan parut padaa leher dan muka sy. Kulit sy sensitive dan kering . macam2 dah sy guna. boleh tak doctor suggestkan skincare dan cara penjagaan muka yang elok untuk saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menggelupas dan gatal
- dehidrasi
- alahan pada makanan
- gigitan serangga
- ekzema
- Autoimun
Pihak kami tidak memiliki kepakaran estetik. Maka, kami tidak boleh mengulas tentang jenis produk kecantikan yang bersesuaian untuk anda.
Secara amnya, anda disarankan untuk minum air mencukupi bagi mengelakkan kulit kering, penggunaan pelembap kulit amat penting dan jika ia terlalu gatal anda harus mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman pada kulit memandangkan anda memiliki risiko tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.