
Sulit
4 tahun
Muka gatal, merah Dan tampak kasar setelah menggunakan toner Muka yg . Apakah yang harus Saya lakukan?
Hari pertama setelcngemenggunakan Cetaphil Dan pelembapah Cetaphil gatal Dan kemerahan hilang tapi Muka masih kasar seperti benjolan yang kecil. toner … tapi setelah itu Saya terus cuci Muka guna Cetaphil Dan pelembapah memakai toner , Muka terus tampak merah Dan gatal hingga ke leher. Muka tampak

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Anda mungkin mengalami alahan pada toner yang anda gunakan. Maka, anda harus berhati-hati dalam memilih produk kecantikan pada masa hadapan. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang penggunaan krim yang diberi oleh klinik yang anda kunjungi kerana tidak mempunyai maklumat tentang apakah jenis krim tersebut. Untuk maklumat anda, perubahan tekstur kulit selepas alahan adalah normal kerana kulit memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya selepas mengalami keradangan. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan krim yang anda gunakan. Namun, sekali lagi saya jelaskan saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tanpa maklumat yang mencukupi.
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.