Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Muka sebelah kanan kebas (tiada rasa) selepas mini strok

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 4, 2019 8:36 AM

morjhan 11 bulan

Ayah saya berumur 73 tahun telah mengalami mini strok. Selepas rawatan, dia mengalami masalah seperti susah untuk berjalan (masalah mengimbangkan badan), kurang jelas apabila bercakap dan juga muka sebelah kanan (dari dagu hingga ke dahi) menjadi kebas / tiada rasa. Apakah rawatan susulan terbaik untuk ayah saya? Adakah masalah kebas di muka boleh sembuh dan apakah rawatan terbaik? Terima kasih.

Dr Sashini Seeni 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluman pihak anda, biasanya kekurangan upaya selepas stroke atau mini stroke boleh dibantu pulih dengan kaedah pisioterapi dan terapi kerja. Kedua-dua terapi ini adalah terapi dengan menggunakan senaman atau pergerakan tertentu untuk membantu memulihkan fungsi tubuh.

Saya sarankan agar anda berbincang dengan doktor yang merawat ayah anda atau merujuk kepada hospital terdekat tentang perkhidmatan fisioterapi dan terapi pemulihan cara kerja yang boleh ayah anda sertai. Pekhidmatan swasta juga boleh didapati.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 04 2019 08:36:03 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Pernah kena minor stroke, Telah pulih sepenuhnya… tapi ingin bertanya tentang pengambil ubat… Baca lagi...
2 bulan
morjhan
Kepala masih pening selepas rawatan mini strok Hi Doktor… Adakah normal “kepala pening” walaupun telah mendapatan rawatan strok? Saya risau keadaan ini akan terus memudaratkan ayah saya. Apakah langkah yang harus diambil bagi mempercepatkan rawat… Baca lagi...
12 bulan
matju851025
Strok kecil@ darah tersumbat akibat kolestrol Hai dr. Ayah sy mengalami strok kecil @ saluran darah tersumbat di kepala, sekarang doktor hanya memberi ubat pencair darah. Keadaan ayah sy sebelah tubuh iaitu bahagian kanan mengalami kebas2, start … Baca lagi...
14 bulan
fitrirazak98
Penawar stroke …… Menghidap stroke bahagian tubuh belah kiri apa patut dilakukan selepas itu . Stroke ini makan masa berapa lama untuk pulih? Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Takut kena stroke,simptom stroke Doktor,saya nak tanya.saya berumur 17 tahun namun menghidap obes dan ada fatty liver(sekarang saya berada dalam jagaan dan pantauan doktor di hospital daerah)saya takut menghidap stroke.Apa simp… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi