Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Multiple lymph nodes swollen

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 19, 2020 8:33 AM

Sulit 31 hari

Hai doktor. Saya wanita berumur 20 tahun. Saya mengalami banyak pembengkakan kelenjar limfa di bahagian leher saya. 4 biji disebelah kanan dan 3 biji di sebelah kiri di leher yang berdekatan dgn tulang dekat bahu tusize biji sebelah kanan lbih kurang mcm 4cm. Sudah hampir 4 bulan sya mnghidap bnda ni tapi bila ditekan tak rasa sakit. Adakah bnda ini membahayakan? Boleh saya tahu adakah saya berpenyakit? Pada mula nya. Ia hanya 1 biji. Kmudian mkin ari sya prasan ia mkin bertambah. Ermm

Dr Ramzdhan 30 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kelenjar getah bening ( lymph node ) memainkan peranan penting untuk melawan jangkitan. Mereka berfungsi sebagai penapis, memerangkap virus, bakteria dan penyebab penyakit lain sebelum mereka dapat menjangkiti bahagian lain badan. Kawasan biasa di mana anda mungkin melihat kelenjar getah bening meliputi leher, bawah dagu, ketiak dan pangkal paha.

Oleh itu, masalah kelenjar bengkak ini boleh disebabkan oleh jangkitan. Namun, sebelum itu, harus dipastikan bahawa sememangnya kelenjar anda yang bengkak. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Sep 19 2020 08:33:40 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Gatal seperti digigit nyamuk Saya wants bujang, Sya telah mengalami gatal seperti digigit nyamuk. Semakin digaru ianya akn Makin bertambah…Saya tidak pernah mengalaminya.bagaimanakah untuk mengatasi masalah gatal tersebut? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Gynocomastia lelaki huhh Saya remaja lelaki tp puting dada saya timbul sejak baligh n sampai skrang masih belum surut lagy.puting tu timbul bkn biasa2 tp dgn kadar yg luar biasa kalau saya pakai baju mmg akan tertonjol.… Baca lagi...
33 hari
Sulit
Tengkuk@leher berbunyi Saya pernah menggertakkan leher kiri kanan mungkin terlalu kuat, Dan sekarang berbunyi krak bila saya pusing kiri dan toleh ke depan, Apakah yang patut saya buat? Baca lagi...
40 hari
Sulit
Tambah ketinggian badan Hi doktor, saya pelajar berumur 17 thn,tinggi saya 148 cm. Saya nak tanya adakah ketinggian saya masih boleh bertambah dan macam mna cara untuk saya menambah ketinggian?? . Adakah pengambilan ub… Baca lagi...
35 hari
Sulit
Effect pesakit G6PD yang merokok atau vaping, adakah sama seperti orang yang tidak berpenyakit atau lebih berbahaya? Assalamualaikum or hye, saya harap sgt2 Dr reply pertanyaan saya ni, saya ada soalan, apakah effect kepada pesakit G6PD sekiranya mereka merokok atau vaping? Adakah effect sama seperti orang bia… Baca lagi...
15 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!