Sulit
3 tahun
Muncul benjolan yang sakit pada ketiak
Salam sejahtera, saya wanita berumur 24 tahun masih bujang ingin bertanya tentang terdapat satu benjolan muncul pada ketiak kanan saya dan ia sangat sakit apabila disentuh dan sekarang saya hampir demam. Ianya sangat menganggu saya. Adakah benjolan tersebut membawa petanda saya akan menghidap kanser payudara?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah bengkak pada ketiak yang besar dan sakit apabila disentuh. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menjelaskan masalah anda:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Ketumbuhan jinak ( Fibroadenoma ) - bengkak tapi tidak sakit.
- Kesan alahan
- Kesan sampingan selepas vaksinasi
- Jangkitan kulat
- Kanser kelenjar limpa ( Lymphoma ) - bengkak tapi tidak sakit
- Kanser sel darah ( Leukemia ) - bengkak tapi tidak sakit
- Penyakit sistemik Lupus Erythematous (Penyakit auto-immun)
- Penyakit abses kulit seperti Hidradenitis Suppurativa
- Kanser payu-dara - bengkak tapi tidak sakit
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah lain seperti keletihan, penurunan berat badan yang mendadak, keruaman pada badan, sakit sendi dan juga sekiranya anda mengalami jangkitan kuman yang kerap berlaku. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.