Sulit

3 tahun

Muntah, Batuk,demam dan pening

Saya lelaki berumur 20an kebelakangan ini sakit kerap pening Dan sakit badan…saya berkerja sebagai operator kilang pada isnin hingga sabtu dan Ahad saya berniaga
Selalu bile Tiber Malam sakit saya dtg Dan Hari nie saya muntah tetapi ade setitik dua darah ape yg Harus Saya buat ? Mohon pecerahan apa yg berlaku kepada saya

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah muntah berdarah serta kerap pening dan sakit badan yang anda alami sejak kebelakangan ini. Simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.

Pada biasanya, masalah muntah berdarah adalah disebabkan oleh masalah salur usus atau perut yang mengalami pendarahan akibat penyakit-penyakit yang tertentu. Namun, menurut situasi anda, terdapa juga kemungkinan bahawa masalah anda adalah disebabkan pengambilan bahan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan organ seperti paru-paru, salur penafasan atau salur penghadaman.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan masalah iaitu:

  • Menghidu bahan toksik atau bahan asing yang beracun sehingga menyebabkan kecederaan pada tekak , salur penafasan atau juga esofagus yang boleh menyebabkan iritasi dan alahan. Ini berkait dengan racun yang terdapat dalam aliran darah.
  • Penyakit hati yang rosak yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sehingga menyebabkan pendarahan pada esofagus (Esophageal varices). Hati yang rosak akan menyebabkan saluran darah tersekat dan menyebabkan tekanan darah tinggi pada kawasan salur penghadaman sehingga boleh menyebabkan pendarahan dalam organ.
  • Jangkitan bakteria atau kuman dalam darah yang boleh menyebabkan pendarahan pada organ-organ tertentu.
  • Masalah tekanan darah tinggi yang berasaskan keturunan
  • Kecederaan pada esofagus, tekak atau salur penafasan akibat batuk berlebihan
  • Jangkitan kuman pada paru-paru.
  • Salur darah paru-paru tersekat. (Pulmonary embolism)
  • Penyakit jantung seperti jangkitan, keradangan ataupun masalah mekanikal. Ia juga boleh berkait dengan demam reumatik.

Mengalami masalah sakit ulu hati dan metabolisma badan? Dapatkan yang terbaik untuk kesihatan hati anda

Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan kadar yang segera kerana simptom-simptom yang anda alami boleh penanda atas penyakit yang berbahaya jika tidak diberi perhatian secepat mungkin. Sila pastikan anda memantau kondisi kesihatan anda secara kesulurahan sementara waktu itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

why-burp-all-time-1529348409

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)