Sulit
2 tahun
Pening, tidak bermaya sakit badan, senak dada, selsema serta gatal gatal anggota
Saya berusia 24, saya pening, keletihan, senak dada, sesak nafas, selsema, loya, sakit badan.saya juga kerap sendawa, badan tidak selesa. Saya ada sejarah tb kelenjar hb rendah dan alergi. Saya dah lengkap 2 dos vaksin comirnaty 6/8 yang lalu. Saya jarang keluar rumah, jika ada keperluan sahaja. saya tidak suka berada di tempat yg sesak. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- GERD
- Dispepsia
- Anemia
- Hipoglikemia
- Penyakit paru-paru
- Gastritis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.