Sulit

2 tahun

Loya dan mesti muntah

Saya naz. Sy ada masalah selalu loya dan rasa nk muntah kalau lepas makan. kalau saya makan kenyang, sy tak boleh naik kereta sebagai penumpang, pasti confirm muntah tepi jalan. Rasa mcm makanan to tak turun habis. Lagi satu kalau sy nervous pun mesti muntah. Lepas muntah jadi okay jelah. Sy alami dah brape tahun… sampai skrg takde jalan penyelesaian, susah untuk sy naik kenderaan org lain sbb tak boleh jadi penumpang nnt muntah, tp kalau sy yg drive takde masalah. Hmm… Bantu saya dokter. :pensive::pensive:

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sering rasa mual dan muntah jika menaiki kereta sebagi penumpang selepas makan. Kami akan cub untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, situasi yang dialami hampir sama seperti mabuk gerak (motion sickness). Namun, ini hanyalah diagnosis umum kerana tiada perincian sama ada simptom ini berlaku jikalau anda menaiki kenderaan lain seperti kereta api, bas, feri atau kapal terbang. Mabuk gerak juga bukanlah perkara yang luar biasa kerana ramai individu yang mempunyai masalah ini.

Ia berlaku kerana masalah pada sistem vestibula atau sambungannya kepada otak. Beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan ialah:

  • Cuba untuk sentiasa memandang hadapan
  • Fokus kepada satu objek yang pegun
  • Membuka tingkap untuk menghirup udara segar
  • Tidak membaca atau melihat telefon ketika dalam kenderaan
  • Alihkan perhatian kepada muzik atau perbualan
  • Menghisap lozeng untuk hilangkan rasa mual

Berikut merupakan nasihat umum. Anda tidak perlu terlalu risau kerana mabuk gerak jarang memberikan komplikasi kesihatan yang mebimbangkan. Ia juga boleh diatasi dengan praktis serta latihan yang kerap. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Happy%20male%20doctor

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)