
riefroller
4 tahun
Muntah darah tak de rasa sesak nafas tapi pening kepala
salam doc … saya lelaki 31 tahun melayu … 2 hari saya muntah darah … rasa macam kahak tp rupanya darah dalam kuantiti yg banyak … lebih dri 2 sudu… bila malam baru muntah … dia keluar seperti kahak … tp saya tak batuk … tak sesak nafas … tak sakit dada… cuma perut agak tidak.selesa … mcm kembung … selera makan spt biasa … cuma pening … najis saya lembut dan berbentuk dan terapung … bantu saya doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu muntah darah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih