
Sulit
5 tahun
Muntah selepas sahur dan berbuka
di pertengah bulan puasaa ini , saya sering berada loya setiap kali seleepas sahur dan berbuka , adakah itu normal untuk pesakit gastrik? saya juga pernah sakit dada beberapa kali .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, sepertinya gejala yang anda alami tersebut seperti masalah yang sering berlaku dalam malasalah gastritis.
Akan tetapi, terdapat juga masalah lain yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi. Antaranya:
Keracunan makanan
Kesan sampingan
Makan berlebihan
Alergi terhadap makanan tertentu.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.