syahirahhnasir
3 tahun
Muntah yang berlarutan berbulan bulan
Saya berumur 20 tahun. Sejak tahun lepas bulan 11, saya asyik mual2 dan muntah setiap kali selepas makan atau sebelum. Berat badan saya jugak turun mendadak dari 48kg tetapi sekarang tinggal 40kg. Selera makan saya jugak semakin berkurang dan tak dapat nak makan dengan kuantiti yang sama seperti dulu. Perut asyik sakit nak membuang tetapi bila ke tandas, nothing happen. Setiap kali ke klinik, doctor cakap gastrik. Tetapi benda ni berlaku hari2 sampai saya give up kadang kadang. Badan jadi kurus sangat sekarang. Tiap masa rasa mual. Minum gaviscon tapi tetap jadi benda yang sama jugaa.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Muntah adalah satu keadaan pembuangan atau penyingkiran isi kandungan perut melalui mulut. Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai jenis penyakit.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku. Antaranya :
Penyakit Gastrik
Jangkitan ringan seperti jangkitan virus.
Ulser Peptik
Bulimia Nervosa
Barah yang melibatkan sistem pengahadaman
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.






























