hfz.cimb
6 tahun
Nafas tak puas dan selalu berasa pening
Saya seorang yang aktif dalam trail running dan marathon…start dari bulan 5 saya kurangkan aktiviti tersebut sampai la ke bulan 7…selepas itu baru saya start semula aktiviti tersebut…start daripada masa saya kurangkan aktiviti tersebut…bila nafas selalu rasa tak puas dan selalu rasa pening seolah oksigen ke otak tk cukup…bila saya tarik nafas panjang2…rasa pening tu akan berkurangan…tetapi bila saya buat aktiviti nafas saya rasa normal dan kepala tak pening…cuma bila terlalu laju…rasa nafas tk cukup dan tak puas…selalu bila rasa nafas tak puas…saya akan buat senaman bagi dengupan jantung laju baru saya akan rasa selesa…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sesak nafas anda boleh disebabkan:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Masalah jantung - seperti jantung berlubang
- Asma
- Penyakit saluran udara sempit
- Fibrosis paru-paru
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































