Sulit
2 tahun
Nafas tidak puas selepas pasang stent jantung
Saya lelaki berumur 34 thn…3 minggu lepas sy telah pasang stent jantung selepas terkena serangan jantung. Kini saya tidak ada sakit dada cuma berasa kadang² jadi macam nafas tidak puas…bila sy lakukan apa2 kerja yg ringan tidak jadi masalah…tp bila sy duduk berehat mesti akan jadi mcm resah dan tidak puas. Sy dh chek di klinik utk chek paru²…tp paru² ok…adakah berpunca dari stent utk serasi dgn bdn ataupun kesan dari ubat yg saya makan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah nafas seperti tidak puas jika anda duduk berehat boleh disebabkan daripada masalah jantung anda. Apabila anda terkena serangan jantung, antara komplikasi yang boleh berlaku adalah anda akan berasa sesak nafas dan sering merasa letih apabila melakukan aktiviti berat ataupun ringan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.