
Sulit
4 tahun
Najis anak berubah selepas stop susu badan
Anak saya 2 tahun 5 bulan. Anak saya tidak mahu makan nasi atau makanan lain walaupun bermacam -2 usaha saya dah buat.Dia hanya mahu makan biskut atau roti. Pada usia 2 tahun 4 bulan, dia sudah stop susu badan dan dia minum susu full cream dutch lady. Semenjak dia minum susu full cream dia tidak mahu langsung makan walaupon biskut.
Dua minggu pertama, tiada perubahan pada warna najis… Tetapi selepas itu najis dia berubah berwarna kuning cair dan pernah najis warna putih berketul - ketul 4- 5kali dalam tempoh sebulan tukar ke susu full cream. Dalam semingu ini najis dia berubah warna kuning mustard dan ada ketul- ketul kelabu gelap. Anak saya aktif macam biasa dan tidak meragam/menangis sakit. Doktor saya sangat risau melihat perubahan warna najis anak… mohon pandangan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami anda risau akan perubahan warna najis anak anda ke kuning/ putih. Ini kemungkinan besar cuma disebabkan anak anda minum banyak susu dan tidak makan makanan pejal. Namun, anda amat digalakkan untuk berjumpa dengan pakar diet kanak-kanak untuk membincangkan cara anda dapat memberi lebih variasi makanan kepada anak anda. Hal ini kerana banyak nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan susu sahaja tidak mencukupi.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Sekiranya anda masih risau tentang keadaan anak anda, sila ke hospital atau klinik untu pemeriksaan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.