Sulit
2 tahun
Nak check sepenuhnya kesihatan diri saya dari mental hingga ke fizikal
Mohon pencerahan doktor, saya nak tahu dengan pengambilan darah boleh check saya sedang sakit apa? anggaran nak buat fullcheckup dlm brp rm ye? maaf saya baru first time nak ke hospital. Selalu saya p klinik je. ni klinik pun xtahu saya sakit apa tu saya ingat nak p hospital. Terima kasih doktor
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut kenyataan anda, anda ingin mengetahui tentang pemeriksaan kesihatan untuk menilai kesihatan fizikal dan mental anda secara menyeluruh. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan darah boleh dilakukan untuk menilai
- jumlah sel darah
- kadar metabolisma tubuh
- tahap kolesterol
Namun begitu, pemeriksaan itu juga boleh dilaksanakan untuk menilai kondisi tubuh yang lebih serius serta memerlukan rawatan lanjut seperti:
- jangkitan bekteria atau virus
- gangguan perdarahan
- penyakit kronik
- kanser
Tambahan lagi, terdapat pelbagai jenis pemeriksaan lain yang boleh dilakukan untuk menilai kesihatan fizikal dan mental seseorang.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.