Sulit

2 tahun

Nak tanya pasal vaksin (Pesakit Bedridden)

Saya ada Ibu (berumur 80 tahun) yang bedridden yang ada menghidapi penyakit epilepsi dan parkinson. Ibu saya guna oksigen 3 Liter dan ada makan ubat sawan (penytoin), clonezepam, mardopar dan epilum syrup. Ada juga bedsore di bhg blkg…mak saya hnya mnum susu guna rystube…Bolehkah keadaan Ibu saya ni ambil vaksin ? Ada kesan sampingan tak?

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Pada masa ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa penghidap parkinson dan epilepsi (penyakit sawan) mengalami kesan sampingan vaksin COVID-19 pada risiko yang lebih tinggi. Bagi orang yang menghidap epilepsi (penyakit sawan), risiko jangkitan COVID-19 dan komplikasi adalah jauh melebihi risiko kesan sampingan serius daripada vaksin COVID-19. Seperti vaksin lain, penerima vaksin COVID-19 mungkin akan mendapat demam setelah divaksinasi. Demam berpotensi untuk menyebabkan sesetengah pesakit epilepsi lebih cenderung untuk diserang sawan. Ubat demam seperti parasetamol/asetaminofen yang diambil secara berkala selama 48 jam setelah vaksinasi (atau selama mengalami demam), akan mengurangkan risiko ini.

Sebelum anda menerima vaksin COVID-19, pastikan untuk memberitahu petugas kesihatan vaksinasi bahawa anda menghidap epilepsi, serta maklumkan semua maklumat perubatan penting yang lain, seperti:

  • Alahan yang dihadapi sebelum ini terhadap sebarang vaksin, ubat atau makanan, terutamanya alahan terhadap sebarang bahan di dalam vaksin.
  • Mengalami reaksi alahan sebelum ini terhadap sebarang vaksin (contoh vaksin selesema).
  • Berasa tidak sihat dan demam, (jangkitan semasa atau baru selepas).
  • Semua ubat yang anda ambil, terutamanya ubat yang mempengaruhi sistem imun (seperti ubat imunomodulator atau imunosupresif), atau anti-koagulan (ubat untuk menghalang pembekuan darah).
  • Sekiranya anda hamil atau menyusu, atau merancang untuk hamil.

Namun, sebelum mengambil vaksin, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

stephanie-liverani-Zz5LQe-VSMY-unsplash%20(1)

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)