Sulit
4 tahun
Nak tau cara check upt
assalamulaikum doc sy nk tnya bole ke kita check upt awl 8hri dari dtg period sama adakah kita bole tau result yg tepat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian kehamilan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu selepas lewat datang haid. ia disarankan untuk dilakukan pada waktu pagi. Jika anda jalani ujian ini terlalu awal, keputusan akan menjadi tidak tepat.
Sila klik pada link ini untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
“Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.