Sulit
2 tahun
Nanah di tempat luka jahitan appendiks
Saya remaja berumur 20 tahun, sudah sebulan lebih saya melakukan operation membuang appendiks yang pecah. Dan sekarang di luka jahitan saya terdapat lubang sedikikit yang mengeluarkan cecair warna kuning dan sedikit darah. Pada tarikh 24/6/21 saya telah berjumpa doctor pakar, doctor memberitahu ada sedikit nanah akibat appendiks saya yang telah pecah dan telah memberikan ubat antibiotik, dan next check up 2 minggu lagi. Pada pendapat doctor, masalah saya ni berbahaya atau tidak? Dan berapa kali sehari utk saya tukar pembalut di bahagian luka jahitan yg keluarkan cecair kuning ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang nanah di tempat luka jahitan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya, nanah pada luka jahitan boleh disebabkan jangkitan yang berlaku pada kawasan luka jahitan. Hal ini lazimnya memerlukan pemerhatian doktor untuk mencegah komplikasi yang serius.
Menurut sesetengah doktor pakar, post-op dressing atau balutan luka operasi perlu diganti apabila terdapat indikasi atau jadual yang khusus. Anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui hal ini dengan lebih lanjut.
Namun begitu, anda perlu segera merujuk ke klinik atau hospital yang terdekat sekiranya luka jahitan didapati terbuka, nanah yang berterusan atau berlakunya pendarahan pada kawasan luka.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan pandangan lanjut tentang perkara ini, kami juga boleh menghubungkan anda dengan doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.