Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Negative pregnancy test

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Ogos 7, 2020 9:58 AM

sitijumratul 51 hari

assalamualaikum … maaf sy nk tnya … sy terakhir dtg tempoh Mei 2020, sejak april sy mkn asid folik smpai sekarang … sy bt upt test tp - ve … rsa mual, muntah, cramp perut … sy rsa ada perubahan dengan perut sy, rsa mcm ketat, rsa sesuatu ada yg xkena…nk kta sy ada pnmbahan berat bdn, xda jg … cuma prut sy rsa mbesar … Klau dduk tlalu lma sy rsa mcm xselesa dsbkn oleh prut sy … sy nk minta pdpt Dr mcmna? adaka folic acid mbuatkn period x dtg atau mcmna ya ??

Dr Sashini Seeni 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom awal kehamilan adalah seperti:

  • Haid lewat
  • mual, loya atau muntah
  • Saiz payudara besar dan payudara sensitif
  • Kerap kencing
  • Deria bau lebih sensitif
  • Pendarahan spotting
  • Keputihan
  • Perubahan selera makan atau mengidam
  • Keletihan

Simptom-simptom yang dinyatakan di atas boleh juga dialami dalam waktu pra-menstruasi. UPT pula boleh memberikan keputusan negatif jika terlalu awal dalam fasa kehamilan atau apabila bacaan hormon kehamilan terlalu tinggi/rendah. UPT juga boleh menjadi negatif disebabkan masalah teknikal. Folic acid tidka mengganggu kitaran haid anda. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya haid anda masih tidak datang dalam masa 2 minggu. DI klinik. doktor boleh membuat ujian air kencing dan imbasan utrasound. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Aug 07 2020 09:58:52 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang ujian kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Pregnancy test true positive atau false positive result? Hi Dr, Pagi tadi saya baru buat pregnancy test dan result yang saya dapat double line tapi saya jadi ragu2 adakah ia true positive atau false positive kerana semalam saya ada makan ubat dexamet… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Confius with pregnancy test MORNING doctor…last period bulanan yg tetap sy pd 25/6/20…bln 7 sy no period then sy buat upt pd 30/7/20 & result duoble line tapi agak samar…pd 6/8/2020 sy keluar darah coklat2 hitam…second day… Baca lagi...
44 hari
Sulit
Ujian kehamilan samar selepas 4 hari tamat datang bulan Saya berusia 32 tahun dan sudah mempunyai 2 anak sebelum ini. Saya s uji kehamilan setelah saya sakit pinggang dan rasa sengal pada bahagian bawah perut dan menunjukkan line samar-samar. Tetapi … Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Pregnancy test double check masih samar Samar Dan datang bulan Saya berumur lingkungan 39 ,pada bulan ini Saya mengalami syntom mual , morning signess dan lg seminggu Saya buat ujian kehamilan sendiri didapati Ada double line samar Samar, adakah Saya hamil… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Pregnancy test semakin blur di bhgian T, C masih pekat I 28 tahun. Baru first time buat pregnancy test. Saya last period 7/7/20. I buat test slps 2 mggu lewat nampak double line tp T pekat, C kabur. Setelah 2 mggu i buat lagi. Double line pekat u… Baca lagi...
22 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15