mr.azhad94
4 tahun
Neurology Synkinesis Nerves
Hi, saya Azhad. Pada tahun 2016 yang lalu saya mengalami kecelakaan motorsikal.
Kesan dari kemalangan itu,
saya telah mendapat masalah saraf Synkinesis di wajah saya.
Apakah Synkinesis itu kekal ?
dan apa rawatan untuk pulihkan Synkinesis tersebut ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, synkinesis adalah gejala neurologi di mana pergerakan otot tidak selari dengan otot-otot lain. Synkinesis biasanya disebabkan oleh masalah saraf tertentu.
Secara umum, asas terapi untuk sinkinesis terdiri atas tiga iaitu:
- terapi fizikal (physiotherapy)
- suntikan Botox
- pembedahan
Bagaimanapun, indikasi dan pelaksanaan dari terapi diatas hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor pakar. Justeru, sebaiknya anda merujuk ke doktor pakar agar pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan penanganan yang sesuai dapat diaplikasikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.