Sulit
3 tahun
Never get the pleasure of sex. Maybe because of depo
Hai saya ingin bertanya. Sy baru berkahwin dan sblum berkahwin sy telah mengambil suntikan depo.Sejak kahwin sy tak pernah rasa nikmat seks. Bermaksud tidak pernah rasa nikmat buat seks spanjang sy hidup. Adakah kerana suntikan depo itu telah menyebabkan saya hilang rasa? Klau suami buat oral di bahagian saya, sy rasa dan boleh klimaks. Tp bukan ketika buat seks. Harap Dr boleh memberi penerangan kepada saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Disini ingin saya nyatakan bahawa masalah yang anda hadapi tidak ada kaitan dengan suntikan Depo.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih