
Sulit
3 tahun
Nodus limfa di leher kanan
saya perempuan berumur 17 tahun,di leher sebelah kanan saya ada biji kecil yang sentiasa ada sejak saya berumur 14 tahun,ianya kadangkala akan bengkak dan menyebabkan demam…apakah puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami anda mengalami kebenjolan pada sebelah kanan leher yang kadangkala bengkak dan menyebabkan demam. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana maklumat yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum, kami tidak dapat membentuk satu diagnosis yang tepat. Namun, kami boleh menyenaraikan beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan masalah anda seperti :
- Goitre
- Limfadenopati (Kebengkakan pada limfa di leher)
- Jangkitan kuman pada mulut atau pada kelenjar air liur
- Penyakit autoimun
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat disiasat dan rawatan boleh diberikan sekiranya perlu.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.