Sulit
4 tahun
Noriday pil pertama dan postinor2
Saya ibu berukur 30-an, mempunya anak 9 bulan dan masih menyusu kadang2 sahaja. atas sebab tertentu saya berhenti ambil noriday sejak 3 bulan yang lalu. Semalam saya bersama suami dan kami memaikai condom.tetapi kondom tersebut tertanggal di dalam faraj. Saya panik dan terus ambil noriday pil yang pertama selepas beberapa jam.Soalan saya , bolehkah saya ambil postinor2 pada hari yang sama juga untuk mengelakkan dari mengandung .? Saya baru 3 hari habis period dan kitaran period saya agak tidak stabil untuk 4 bulan lepas ( april:24, mei:25,jun:28 dan july:35 hari).
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, puan harus mengambil pil perancang kecemasan seperti Postinor 2 atau Escapelle.
Berbalik kepada soalan puan, cara pengambilan postinor adalah pil pertama dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Ini bermaksud pil pertama diambil dalam tempoh sebaik sahaja melakukan hubungan hingga 72 jam selepas itu. Namun sebaiknya ia diambil sebaik sahaja selepas hubungan seksual dan lebih awal ia diambil, lebih tinggi keberkesanannya.
Pil kedua diambil 12 jam selepas pil pertama.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.