
Sulit
4 tahun
Novolax dan orlistat
Hai doktor,saya perempuan berumur 24tahun, saya ingin bertanya,adakah orlistat dan novolax selamat digunakan?saya inginkan kepastian sebelum saya mengambil pil tersebut.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya kami tidak boleh mengesyorkan apa-apa rawatan tanpa terlebih dahulu mengetahui gejala atau masalah kesihatan anda secara menyeluruh dan terperinci. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat bantuan secara langsung di klinik/hospital yang terdekat atau melalui perkhidmatan tele konsultasi dari pusat rawatan pilihan anda.
Selain itu anda juga perlu tahu bahawa kesan ubat (umumnya) sangat bervariasi dari individu ke individu yang lain. Oleh itu setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.