
Sulit
4 tahun
Nyeri pada tepi payudara kiri
Saya seorang wanita berumur 23 tahun. Baru-baru saya telah mengangkat barang-barang berat seperti almari pakaian dan katil beberapa kali. Satu malam, saya berasa sedikit lenguh yang tidak terlalu kuat pada tepi payudara sebelah kiri. Apabila saya menyentuhnya, saya berasa seperti ada benda keras di tepi payudara kiri saya. Jika ditekan akan terasa sakit sedikit. lengan saya dari bahu hingga jari juga terasa lenguh yang tidak terlalu kuat. Dari segi bentuk dan rupa payudara saya tidak ada sebarang perubahan dan benda keras yang saya rasa pada payudara kiri pula tidak terlihat bentuknyanya melainkan kalau ditekan baru terasa seperti ada sesuatu. Adakah ini petanda penyakit yang kronik atau sekadar kesan daripada bebanan yang saya angkat namun tangan dan payudara kanan tidak sakit?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
- Benjolan tidak dapat digerakan atau digeser
- Benjolan pada ketiak
- Puting payudara tertarik ke dalam
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari puting
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.