
Sulit
4 tahun
Onani sebelum tidur rasa nikmat dan puas
Hello Doctor semenjak kebelangkang ini saya selalu membuat perbuataan onani sebelum tidur tetapi badan saya rasa penat dan letih
Saluran air kencing tidak lawas dan berasa mengalir nak kencing lagi
Doc boleh terangkan kepada saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah kencing tak lawas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
- Masalah prostat
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.