Sulit
3 tahun
Opk positif tapi period lagi seminggu
Hi doctor, Seminggu lagi saya akan period tapi saya buat OPK baru baru ni, result positif selama 4 hari non- stop( T&C mmg terang, 2 line) Adakah bermaksud saya subur dan saya boleh bersama tempoh sebelum period? Saya keliru sebab period tidak lama lg tapi subur time hujung hujung nak period dah. Atau pun saya period? Please advice terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda,
OPK berfungsi untuk mengenalpasti peningkatan (lonjakan) hormon luteinising (LH). Ini berlaku sehari hingga dua hari sebelum ovulasi. OPK dapat membantu anda mengenal pasti waktu subur anda.
LH selalu terdapat dalam darah dan air kencing anda. Tetapi pada hari-hari sebelum ovulasi, jumlahnya meningkat sekitar dua hingga lima kali. 12 hingga 36 jam antara permulaan lonjakan LH dan saat telur (ovum) anda dilepaskan adalah bahagian yang paling subur dalam kitaran anda. Ini kemungkinan besar peluang untuk anda mengandung.
Kebiasaanya, untuk mendapatkan keputusan OPK yang betul, ujian tersebut harus negatif ketika sebelumnya ia menjadi positif. Sekiranya ia dalam keadaan yang sentiasa positif, ia boleh berpunca oleh beberapa sebab:
Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah yang anda hadapi, iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit pituitari (Ketumbuhan, keradanga etc.)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Menopaus
- Masalah kesuburan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.