
norah.moiden
4 tahun
Panic/anxiety attack
Saya berumur 32 tahun dan sedang mengandung 6 bulan anak kedua. Saya mempunya masalah takut pada air. Saya sentiasa terfikir bahawa saya boleh lemas dengan air. Keadaan sy semakin kritikal sekarang kerana saya tak boleh dgr bunyi air atau nmpk air. Saya sentiasa terfikir mati dengan keadaan sesak nafas. Saya akan berasa jantung berdegup laju dan susah bernafas. Untuk mkn dan minum pun sy berasa takut kerana perlu berhenti bernafas seketika. Mandi jugak menjadi masalah. Saya tidak dapat mengawal minda supaya berhenti berfikir demikian. Benda kecil seperti air di dalam cawan pun boleh trigger rasa takut itu. Adalah ini anxiety? Bagaimana cara untuk sy dptkn consultation pakar?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan penerangan yang diberi, kami memahami masalah ketakutan terhadap air anda. Namun, Jawapan yang diberi adalah jawapan am.
Untuk makluman anda, kondisi yang anda hadapi itu digelar sebagai Aquaphobia dimana seseorang itu ada perasaan takut dengan air dan juga berenang. Orang yang mempunyai aquaphobia akan mendapat perasaan anxiety dan panik jika mereka melihat, menyentuh, atau memikirkan tentang air atau berenang. Anda akan menyedari bahawa kadangkala perasaan takut itu akan berlebihan dan tidak masuk akal.
Walaubagaimanapun, ada juga kemungkinan yang kondisi mula terjadi sejak anda berada dalam kandungan. Jika ia suda berlaku sebelum itu, maksudnya kondisi itu disebabkan secara aslinya berasal dari masalah psikatrik. Perasaan anxiety boleh bercirikan seperti:
- Merasa gementar dan tidak tenang
- Merasakan jika hidup anda terancam
- Bernafas dengan laju
- Jantung berdebar-debar
- Bergeletar dan sukar untuk menumpukan perhatian
- Rasa penat dan tidak bermaya
Terdapat beberapa yang cara-cara perubatan psikatrik yang diketahui untuk mengatasi kondisi ini. Antaranya ialah:
- Cukupkan tidur
- Bersenam dan sentiasa aktif
- Jaga permakanan yang sihat
- Cognitive Behavioral Therapy
- Breathing therapy untuk mengatasi
Kami sarankan anda berjumpa dengan mana-mana pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kondisi anda. Anda juga boleh megakses ke (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan untuk masalah yang anda tengah hadapi. Terima kasih.