Sulit
3 tahun
Pantang larang penghidap G6PD
assalamualaikum, saya baru lepas bersalin dan anak disahkan ada g6pd. ini sesuatu yg baru dlm hidup saya dan suami. kerana kami tiada g6pd . sedih mmg takleh nak kata apa lah…
saya dapat checklist pantang larang untuk anak g6pd . mcm contoh kacang yang wajib di elakkan adalah kacang parang. tp bila saya baca dlm forum2 di internet. di web2 di google diorg tulis semua kacang tak boleh? soalan saya yang mana satu betul? mmg smua kekacang perlu di elakkan ke? dan bila baca di google mkin bnyk benda yg dilarang dari checklist yg diberi oleh pihak hospital . boleh beri saya sumber yg betul berkaitan G6PD ni . terima kasih .
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kacang fava/ kacang parang
- antimalaria
- antibiotik jenis quinolone
- aspirin
Sila layari laman web jenis makanan yang anda tidak boleh ambil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.