
Anonymous
6 tahun
Parut jerawat di muka
Assalamualikum Doc/Selamat tengahari doc saye beli ubat parut dermatix dan parut jerawat di muka saye banyak terlalu banyak dah jarang jarang bolehkah saye sapu ubat parut itu satu muka saye walaupun ade yg kena yg tak ada parut
Sekian terima kasih

6 tahun
Waalaikumsalam & selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Penggunaan sesuatu produk topikal perlu mengikut arahan yang tertulis pada produk tersebut. Namun begitu, jerawat biasanya boleh disebabkan oleh masalah:
- Pemakanan
- Jenis kulit yang sensitif atau berminyak
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome
- Alahan terhadap produk kosmetik
- Kurang penjagaan kebersihan kulit
Untuk mengetahui ubat yang sesuai bagi merawat masalah anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar maklumat lanjut dapat diketahui sebelum kesimpulan dibuat dan rawatan yang sesuai boleh diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.