
Sulit
4 tahun
Parut kudis bekas garu sampai melecet yang banyak pada kaki dan lengan saya amat menakutkan dan tak hilang walau sudah 20 tahun
Hi doc, saya tak tau kenapa dgn kulit saya.masa kecik2 dulu saya ada banyak kudis (mak saya panggil) so melata kat kaki dgn lengan saya ni. Adik beradik saya pun ada je, tapi saya sorang je yang x hilang. Macam mana nak bagi hilang parut kudis ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk makluman anda, parut adalah merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Mengikut teori, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar selepas luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran sama ada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi iaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lubang biasanya bergantung kedalaman
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walaupun kebanyakkan parut boleh sembuh dengan sendirinya, namun terdapat beberapa jenis parut pada kulit yang memerlukan rawatan spesifik seperti rawatan laser, pembedahan (cryo), suntikan steroid, rawatan radiasi dan sebagainya yang hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit (Dermatologist). Walaupun terdapat ura-ura tentang ekstrak bawang, vitamin A & vitamin E untuk tujuan penyembuhan parut, namun kajian tentang penggunaan bahan-bahan tersebut adalah terhad dan memerlukan rundingan serta pendapat daripada pakar kulit sebelum rawatan diberikan.
Oleh itu, penggunaan bio gel yang anda katakan perlu dipastikan isi kandungannya dengan doktor pakar kulit sebelum meneruskan penggunaannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.