
Sulit
5 tahun
Parut lubang yang mengacau penampilan
Saya ada parut lubang di bahagian muka saya, sudah 3 tahun, ada rawatan yg boleh hilangkan parut tersebut, plastic surgery, or anything?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, kami tidak mempunyai kepakaran yang mendalam dalam hal ini.
Untuk merawat parut anda, berikut merupakan antara cara yang boleh dilakukan untuk merawat parut. Kaedah ini adalah lambat tetapi selamat.
Aloe vera
Timun
Madu asli
Minyak zaitun
Tomato
Cuka epal
Sekiranya cara ini tidak berkesan, anda boleh cuba rawatan chemical peeling. Namun, Rawatan ini sangat invasif dan hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar kulit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar kulit.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.