Sulit
4 tahun
Pasangan lelaki menghadapi kencing Manis
Doctor, jika pasangan lelaki baru mendapat kencing Manis setahun yang lalu, adakah pasangan wanita akan mendapat kencing Manis jika bersetubuhan dengan pasangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing manis atau diabetes terdiri atas dua jenis yaitu diabetes type 1 dan diabetes type 2. Kedua jenis diabetes timbul apabila terdapat masalah pada pembentukan dan fungsi insulin. Insulin adalah sejenis protein yang berfungsi untuk mengangkut dan memproses gula (hampir semua makanan yang telah dipecahkan).
Berbeza dengan penyakit jangkitan kelamin, kencing manis bukanlah penyakit berjangkit. Justeru, melakukan hubungan seksual dengan pesakit kencing manis tidak akan membuatkan anda terkena kencing manis.
Bagi info dan keterangan lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.