khairulnizam5522
4 tahun
Patah kaki kanan tibia masuk besi
saya nak.tanya doktor ,kaki saya dh masuk besi dah 10 bulan ,baru2 nie kaki saya tersepak batu ,jadi tempat patah to macam rasa sakit ,adakah tempat patah to ,patah kembali ? atau tulang masih tidak kuat ??
4 tahun
Salam Sejahtera.
Saya faham bahawa kaki anda telah dimasukan ‘implan’ besi dan tersepak batu tempoh hari. Kedua-dua kemungkinan yang anda nyatakan iaitu tulang kembali patah ataupun tulang masih tidak kuat boleh untuk berlaku. Namun, Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh beberapa keadaaan lain iaitu:
- Tulang kembali retak
- Keradangan
- jangkitan kuman pada tulang
- besi teralih
Buat masa ini, anda boleh mengambil pil tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan yang anda hadapi. Namun, jika ia masih berlanjutan dan berlebihan anda perlu mendapatkan rawatan segera.
Jawapan ini ialah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.